Anda di sini

La Promenade Mall kini dibuka untuk perniagaan

Advertisement
 Pusat beli-belah ini dibuka dengan lebih daripada 1,000 tempat letak kenderaan dan motosikal percuma.
DIBUKA: Pusat beli-belah ini dibuka dengan lebih daripada 1,000 tempat letak kenderaan dan motosikal percuma.

KUCHING: La Promenade Mall, sebuah pembangunan hartanah komersial empat tingkat di sepanjang Lebuh Raya Kuching-Samarahan, secara rasmi telah dibuka untuk perniagaan semalam.

Premis berkeluasan 10,000 kaki persegi yang turut menempatkan Choice Supermarket (Choice) itu, menyambut pelanggan dengan promosi dan tawaran harian yang istimewa.

Choice di La Promenade adalah penyewa di tingkat bawah yang menawarkan jualan ikan dan daging premium dan pelbagai barang segar yang diimport.

Antara penyewa lain yang turut sama adalah Taka Patisserie, Rice King dan Black Bean Coffee & Tea.  

Sementara, Nasi Ayam Asli Raja Hock akan dibuka pada 29 Januari ini.

Menjelang awal Februari depan, NOMS akan siap untuk memulakan operasi perniagaannya bersama empat kios: Potato Story, Fun Hut, Saranut dan sebuah tempat minum petang yang belum dinamakan.

‘Sky Kantin by Indah House’ di tingkat lima yang telah beroperasi sebagai kafeteria kakitangan Menara HSL akan dibuka kepada semua selepas Tahun Baharu Cina.

La Promenade Mall adalah pembangunan mewah dengan kediaman kawasan berpagar La Promenade.  

Pemajunya Hock Seng Lee (HSL) mengendalikan pusat membeli-belah di dalamnya berdasarkan sewaan sahaja.

Pusat beli-belah ini dibuka setiap hari, dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam dan mempunyai lebih daripada 1,000 tempat letak kenderaan dan motosikal percuma.

Ia kata pihaknya, dijalankan berdasarkan hasil daripada dasar sokongan tempatan dan memberi penekanan kepada sektor perkhidmatan.  

“Selain pasar raya dan restoran, penyewa kami yang lain akan merangkumi salon rambut, farmasi, telco dan galeri seni.

“Uniknya, sebahagian pusat beli-belah di tingkat empat telah dikhaskan untuk badan amal,” kata Pengarah Urusan HSL Datuk Paul Yu Chee Hoe dalam satu kenyataan semalam.

Pajakan khas dan bantuan kewangan telah diberikan kepada Hope Place, Helping Hands Penan, Persatuan Orang Dewasa Cacat Intelek-tual dan Pusat Kaunseling Bodhi.

“Badan amal ini akan menjalankan bengkel serta kedai jualan untuk memberi perkhidmatan sosial.

“Kami berhasrat sepenuhnya agar La Promenade Mall menjadi hab komuniti yang berupaya memberi manfaat serta pendedahan kepada lebih ramai orang sekiranya beroperasi di pusat beli-belah,” tambahnya.

La Promenade Mall adalah sebahagian daripada kompleks Menara HSL yang baharu, dibina mengikut piawaian ‘Green Building Index’ terkini dengan menjimatkan tenaga sebanyak 25 peratus.

“Keseluruhan 200 hektar La Promenade dirancang sejak awal sebagai ‘perbandaran di dalam taman’.

“Kami telah menanam lebih 1,000 pokok dan 2,000 pokok teh.  

“Selain itu, kami turut menambah lebih daripada 100 pokok di setiap kawasan baharu yang kami bangunkan”, kata Pengarah Eksekutif HSL Simon Lau.

“Kehijauan di sini merupakan pemandangan istimewa kami di La Promenade,” katanya.

Stesen pengecasan kereta elektrik dan mesra pengguna orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.

Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, HSL telah melancarkan peraduan foto #HuatsUpLaPromenade yang menawarkan hadiah wang tunai RM888.  

Semua dipelawa mengambil bahagian dengan memuat naik foto ke media sosial mereka dengan tanda pagar #HuatsUpLaPromenade.  

Untuk maklumat lebih lanjut, layari lapromenademall.com.my atau cari @lapromenademall di media sosial.  Maklumat juga boleh didapati di hsl.com.my dan @hslcn.

Advertisement