Anda di sini

Masing memangku pengerusi JPBNS

Advertisement
an Sri Datuk Amar Dr James Masing
an Sri Datuk Amar Dr James Masing

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menyertai mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini sebagai pemangku pengerusi jawatankuasa itu. 

Masing memangku jawatan tersebut daripada Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berehat sebulan selepas menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta di sini. 

Pada mesyuarat yang berlangsung menerusi Zoom dari pejabatnya itu, Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan mengingatkan semua untuk kekal berwaspada dan mengambil langkah berjaga supaya kawasan zon merah dapat bertukar kepada zon kuning. 
 
"Pada masa yang sama, orang ramai mesti mematuhi ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan Sarawak dan Pusat tidak kira zon mana anda," katanya. 

Masing turut menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan sempadan. 

Justeru beliau mengingatkan semua agensi memantau sempadan untuk memastikan tiada pendatang haram merentasi sempadan Sarawak. 

"Jawatankuasa akan bermesyuarat pada Ahad ini untuk memutuskan status Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB) di Kuching," katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement