Anda di sini

Penduduk kawasan terjejas COVID-19 boleh turun mengundi tetapi akan diasingkan

Advertisement
 Shafie (empat kanan) dan Lim (tiga kanan), Wan Azizah (dua kiri), Christina (tiga kiri), Junz (kiri), Tan (dua kanan) dan Phoong (kanan) merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Shafie (empat kanan) dan Lim (tiga kanan), Wan Azizah (dua kiri), Christina (tiga kiri), Junz (kiri), Tan (dua kanan) dan Phoong (kanan) merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Keadaan COVID-19 di beberapa kawasan negeri ini  masih terkawal seterusnya mereka  yang terjejas boleh turun melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi akan diasingkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak melakukan perintah kurungan sepenuhnya untuk kawasan berkenaan tetapi kawalan sahaja.

"Kita akan urus dengan baik di mana-mana kawasan yang terjangkit dengan COVID-19, kita akan tadbir dan tidak boleh keluar masuk.

"Kita akan memantau setiap masa agar keadaan tidak terjejas teruk," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Malam Bersama Calon-Calon Warisan Plus Kota Kinabalu, di sini kelmarin.


Beliau berkata, kawasan yang terjejas dengan COVID-19 akan mengguna pakai kaedah media sosial untuk berkempen.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemunculan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di program Perdana Menteri di Kuala Penyu, kelmarin, Shafie menjelaskan dia mempunyai hak untuk pergi di mana-mana saja.

"Dia mahu timbulkah, tidak mahu timbulkah itu hak dia. Apa yang jelas pada kita pada PRN kali ini rakyat tahu mahu undi siapa.

"Isu undi Hajiji bersamaan undi kepada Musa...ini ada kebenarannya, mereka boleh menafikan, tetapi sewaktu mereka mahu masuk Bersatu dia dan Masidi ada berjumpa dengan saya dan ada cakap dengan saya, tetapi saya tidak mahu lah cakaplah.

"Apa yang penting orang Sabah perlu bangun untuk mempertahankan hak Sabah pada PRN ini, itu tidak salah kerana kita cintakan Sabah dan mahu membina sebuah negara yang baik," katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Penasihat PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Calon PKR DUN Api-Api Datuk Christina Liew, Calon Warisan Plus DUN Tanjung Aru Datuk Junz Wong, Calon DAP-Warisan Plus DUN Luyang Phoong Jin Zhe dan Calon DAP-Warisan Plus DUN Likas Tan Lee Fatt.


 

  • oleh
  • Advertisement