Anda di sini

Remaja lari dari PTS ditangkap edar syabu 

Advertisement
 Suspek remaja yang ditahan semasa mengedar dadah di Kampung Delima.
TAHAN: Suspek remaja yang ditahan semasa mengedar dadah di Kampung Delima.

KOTA KINABALU: Remaja lelaki yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal April lalu berjaya ditangkap kembali semasa leka mengedar syabu di Kampung Delima di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata suspek berumur 13 tahun itu ditahan bersama 5.64 gram syabu bernilai RM574.

“Hasil risikan serta maklumat polis menjalankan serbuan di lokasi yang dikenalpasti dan berjaya mengesan suspek.

“Suspek bagaimanapun bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis dan tindakan pantas pasukan serbuan berjaya menahan suspek bersama enam paket plastik berisi dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek bertindak sebagai orang tengah yang menjual syabu di sekitar kawasan Kampung Delima dan mendapat upah dari kegiatannya itu.

“Suspek warga asing itu juga adalah orang dikehendaki kerana melarikan diri dari PTS Manggatal pada 12 April lalu.

“Polis kemudiannya menahan suspek dan kini direman manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement