Anda di sini

Tanah runtuh di lombong jed Myanmar, 50 maut

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar semalam menunjukkan anggota penyelamat cuba mengesan mangsa selepas kejadian tanah runtuh di lombong jed di Hpakant, negeri Kachin. — Gambar AFP
OPERASI MENYELAMAT: Gambar serahan Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar semalam menunjukkan anggota penyelamat cuba mengesan mangsa selepas kejadian tanah runtuh di lombong jed di Hpakant, negeri Kachin. — Gambar AFP

YANGON: Mayat sekurang-kurangnya 50 pelombong jed telah dikeluarkan dari lumpur semalam dalam kejadian tanah runtuh di utara Myanmar, kata jabatan bomba, selepas hujan monsun memburukkan lagi keadaan yang sudah pun berbahaya.

Puluhan manusia mati setiap tahun ketika bekerja dalam industri jed yang amat lumayan di negara itu tetapi tidak dikawal dengan baik dan menggunakan pekerja migran bergaji rendah untuk melombong batu permata yang amat diidamkan di China.

Kejadian tanah runtuh berlaku awal semalam berhampiran sempadan China di negeri Kachin selepas hujan lebat turun, kata Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar dalam Facebook.

“Pelombong jed ditekap oleh gelombang lumpur,” kenyataan itu menyebut.

“Proses mencari dan me-nyelamat masih dijalankan.”

Pekerja sedang mencari batu permata yang berharga itu di atas permukaan tanah yang tajam dan bergunung-ganang di perbandaran Hpakant, di mana alur daripada penggalian sebelum ini sudah pun melonggarkan tanah.

Gambar yang dipaparkan dalam laman Facebook menunjukkan pasukan pencari dan penyelamat mengharungi sebuah lembah yang kelihatan dibanjiri tanah runtuh.

Lombong jed terbuka telah memburukkan permukaan tanah terpencil di Hpakant dan menyebabkannya ke-lihatan seperti landskap bulan yang luas.

Kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kematian di kawasan itu biasa berlaku, dan mangsa selalunya berasal dari komuniti etnik yang miskin dan mencari sisa yang ditinggalkan oleh syarikat besar.

Badan pemantau Global Witness menganggarkan industri itu bernilai kira-kira AS$31 bilion (RM140 bilion) pada 2014, tetapi sedikit sahaja yang sampai kepada tabung kewangan kerajaan negeri.

Sumber semula jadi yang banyak di utara Myanmar – termasuk jed, kayu, emas dan ambar – membantu membiayai kedua-dua pihak dalam perang saudara selama berdekad-dekad antara pemberontak etnik Kachin dengan angkatan tentera.

Perebutan untuk menguasai lombong dan hasil pen-dapatan yang dijananya kerap memerangkap penduduk awam tempatan di tengah-tengah. — AFP

Advertisement