Anda di sini

Pekebun bantu bekal 200kg sayur kepada penduduk berpendapatan rendah di Miri 

Advertisement


 

MIRI: Kebun sayur milik Mak Ah Kit di Sungai Rait Bakam akan mengagihkan bantuan bekalan sayur-sayuran sebanyak 200 kilogram kepada penduduk berpendapatan rendah di Miri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini. 

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berharap lebih ramai pekebun di sini tampil mencontohi keprihatinan Mak membantu rakyat ketika tempoh sukar sekarang.

"Sayur ini akan kita agihkan kepada penduduk khasnya mereka yang bergaji hari. Bukan hanya hari ini. Setiap hari kita akan mengambil 200 kg sayur di kebun ini untuk beri kepada penduduk.

"Ini adalah permulaan, kita berharap pekebun lain juga akan mencontohi Mak," jelas Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau.

Ting (tengah), Mak (dua kiri) menunjukkan sayur yang akan diagihkan kepada penduduk Miri
Ting (tengah), Mak (dua kiri) menunjukkan sayur yang akan diagihkan kepada penduduk Miri

Ting berkata, parti SUPP akan membantu mengagihkan sayur tersebut. 

Menurutnya, sumbangan sayur itu diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan rakyat mendapatkan bekalan makanan sepanjang tempoh PKP. 

"Penduduk Miri amat bertuah kerana memiliki ramai orang yang mahu membantu mereka yang memerlukan. Bantuan sebegini amat diperlukan untuk mereka yang bergantung kepada pendapatan harian," jelasnya. 

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Miri Yong Hock Seng. 

  • oleh
  • Advertisement