Anda di sini

MAQIS tahan daging babi cuba dibawa masuk ke Labuan

Advertisement
 Penguatkuasa MAQIS Labuan menahan daging tanpa permit.
TAHAN: Penguatkuasa MAQIS Labuan menahan daging tanpa permit.

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan beberapa produk hasilan daging babi dari Thailand yang cuba dibawa masuk ke Labuan dalam pemeriksaan bagasi penumpang di Lapangan Terbang di sini.

Pengarah MAQIS Nazrul Azman Mat Rahim berkata, barang yang ditahan itu ialah 9 kilogram daging babi, 3.40 kilogram sosej dan daging babi proses yang dianggarkan bernilai RM370.00.

"Barang berkenaan ditahan kerana cuba dibawa masuk penumpang terbabit tanpa mempunyai permit import yang sah dan sijil kesihatan dari negara asal," katanya.

Menurut Nazrul, larangan kemasukan pengimportan daging babi dari beberapa negara telah dikuatkuasakan kerajaan antaranya China, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Poland, Cambodia, Hong Kong, Belgium, Korea dan Filipina susulan penularan wabak penyakit African Swine Fever (ASF).

Nazrul menegaskan produk yang berisiko penularan virus adalah babi hidup, daging babi segar, daging babi sejuk beku dan produk daging babi proses.

Tambahnya, mengimport daging dan produk hasilan babi tanpa permit yang sah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.


 

  • oleh
  • Advertisement