Anda di sini

Sebahagian jalan di Kuching ditutup sempena Le Tour de Langkawi

Advertisement
Alexson menjelaskan penutupan jalan sempena Le Tour de Langkawi di Kuchingpada sidang media hari ini.
Alexson menjelaskan penutupan jalan sempena Le Tour de Langkawi di Kuchingpada sidang media hari ini.


KUCHING: Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang laluan ke pusat bandar pada 7 Februari depan bagi memberi laluan bagi acara lumba basikal berprestij Petronas Le Tour de Langkawi yang ke-25. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata sempena acara itu, pihaknya mengenal pasti 10 lokasi penutupan jalan atau lencongan akan dijalankan secara berfasa antara jam 7 hingga 11.30 pagi.

"Kami menjangkakan kesesakan trafik akan berlaku semasa acara ini berlangsung, jadi rancang laluan anda lebih awal," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Katanya, bagi memastikan aliran lalu lintas lancar, sejumlah 373 pegawai akan bertugas termasuk polis, pihak berkuasa tempatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Keseluruhan laluan bagi acara tersebut.
Keseluruhan laluan bagi acara tersebut.

Oleh itu katanya, orang ramai yang perlu ke pusat bandar perlu mematuhi papan tanda serta arahan pihak berkuasa. 

Jalan dan lokasi yang akan ditutup untuk acara 100km itu; Padang Merdeka (permulaan dan penamat), Jalan Barrack, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Open Air Market, Jalan Gambier, Jalan Main Baazar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Abell, bulatan Sri Aman, Jalan Central Timur, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, persimpangan lampu isyarat Crookshank-Taman Budaya, Dewan Suarah, lampu isyarat Badruddin, lampu isyarat RTM, jejambat Satok, jambatan Satok, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, bulatan Abang Haji Kipali, bulatan Samariang, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, bulatan Sesco, Jalan Bako, bulatan Medan Hamidah, lampu isyarat Jalan Keruing-Bako, Jalan Demak, bulatan Bako, lampu isyarat pelabuhan Senari dan Jalan Kampung Bako di mana pelumba-pelumba akan membuat pusingan U ke garisan penamat.

Bagi jalan ke garisan penamat di Padang Merdeka pula, penutupan jalan dan lencongan akan dilakukan di lampu isyarat pelabuhan Senari, bulatan Bako, Jalan Keruing-lampu isyarat Bako, Jalan Keruing-lampu isyarat BCCK, Jalan Keruing-lampu isyarat Bintawa, bulatan Bintawa 1, bulatan Bintawa, lampu isyarat Merican Salleh, lampu isyarat Klinik Tanah Putih, bulatan iCom Square, Sekama-lampu isyarat Pending, lampu isyarat Mendu, Jalan Batu Lintang, lampu isyarat Wisma Saberkas, lampu isyarat Badruddin, lampu isyarat RTM, lampu isyarat Jalan Haji Taha (di bawah jejambat Satok), bulatan Padang Pasir, Jalan Open Air Market, Jalan Gambier, Jalan Main Bazaar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Abell-Padungan, lampu isyarat Everrise Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Lebuh Wayang, Jalan Main Baazar, Jalan Tun Abang Haji Openg dan lampu isyarat RTM.

Acara itu juga akan menyaksikan peserta membuat Acara Loop (31.8km) di pusat bandar yang akan melibatkan kawasan lampu isyarat RTM-Jalan Satok, Jalan Kulas, lampu isyarat Jalan Badruddin menuju ke RTM, bulatan Padang Pasir, bulatan Jalan Haji Taha, bulatan Sri Aman menuju ke Jalan Padungan, lampu isyarat di Jalan Abell menuju ke Jalan Padungan, Jalan Song Thian Cheok menuju ke Jalan Padungan, bulatan Ban Hock menuju ke lampu isyarat di hadapan SK St Mary.

Laluan Loop Le Tour de Langkawi 2020 (Kuching Loop).
Laluan Loop Le Tour de Langkawi 2020 (Kuching Loop).

"Penutupan jalan raya dan lencongan di kawasan ini akan ditarik balik apabila peserta selesai melalui kawasan itu," kata Alexson.

Beliau juga berkata sebanyak 23 buah sekolah, 14 kampung dan sepuluh premis utama seperti Plaza Merdeka, Wisma Satok dan Kuching Waterfront akan berada di sepanjang laluan perlumbaan itu.

Sementara itu, Petronas Le Tour De Langkawi ke-25 dijadual bermula dari 6 hingga 15 Februari di sembilan negeri termasuk Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Acara itu dijangka akan menyaksikan penyertaan daripada 22 pasukan yang terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa. 

Le Tour De Langkawi yang terakhir diadakan di Sarawak pada tahun 1997.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi IPK Sarawak di talian 082-274093 atau Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-221129.

Advertisement