Anda di sini

Menyelami tugas pasukan keselamatan

Advertisement
 Kampung Pulau Sepanggar dilihat dari jauh.
INDAH: Kampung Pulau Sepanggar dilihat dari jauh.

Masyarakat Pulau Sepanggar jayakan Program Pelayaran Rahmah YADIM dan PPM

PAGI hadir dalam suasana yang berbeza bagi penduduk pulau Sepanggar pada 21 Januari lalu. Hari itu agak luar biasa berbanding hari-hari sebelumnya. 

Buat pertama kalinya dalam sejarah di pulau yang terletak kira-kira 45 minit dari ibu negeri, masyarakat kampung menerima tamu yang istimewa.

Sebaik-baik matahari terbit, orang kampung sudah bersiap sedia menunggu kedatangan rombongan yang menyertai Program Pelayaran Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah yang dijadual tiba kira-kira jam 10.30 pagi.

 Rombongan Pelayaran Rahmah Yadim dan PPM bergambar sebelum berangkat.
PELAYARAN RAHMAH: Rombongan Pelayaran Rahmah Yadim dan PPM bergambar sebelum berangkat.

Kehadiran tamu istimewa iaitu Mufti Negeri Sabah Sahibussamahah Al Fadhil, Ustaz Bongsu Aziz Jaafar, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Negeri Sabah Haji  Samin Ongki dan kenamaan lain memberi rasa bangga dan gembira di kalangan 483 penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan atau hidup bergantung kepada sumber laut.

Setibanya di Pulau Sepanggar, program pertama dimulai di dewan serbaguna, yang diisi dengan majlis sambutan.

 Rombongan singgah di Pulau Sapi.
SINGGAH SEBENTAR: Rombongan singgah di Pulau Sapi.

Guru Besar SK Pulau Sepanggar Muhammad Sallehan, yang baru tiga hari bertugas di pulau itu, menyampaikan rasa sukacita dan penghargaan kerana kesudian Yadim dan PPM untuk mengadakan program di pulau Sepanggar. 

Pajeri turut menyampaikan ucapan diikuti dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pengarah Yadim Sabah Haji Samin Haji Ongki.

Selepas sesi penyampaian cenderamata, hadirin beredar ke Masjid Al Hasyim untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah diikuti dengan sesi soal jawab agama selepas solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Imam Suhaili Kasmin.

 Rombongan Yadim dan PPM Wilayah 4 bergambar di jeti marin.
BERGAMBAR: Rombongan Yadim dan PPM Wilayah 4 bergambar di jeti marin.

Program Pelayaran Rahmah adalah wadah bagi badan-badan dakwah dan pegawai-pegawai agama menyelami peranan tugas pasukan keselamatan menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada pencerobohan anasir luar, kata Pengarah Yadim Sabah Haji Samin Ongki ketika ditemui media selepas itu.

Ia sekaligus kerjasama dengan pasukan keselamatan yang menjadi medan mendekatkan pasukan keselamatan agar dekat di hati rakyat serta merapatkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat, katanya.

Menurutnya, ia juga  seiring dengan usaha berterusan YADIM agar masyarakat akar umbi menerima pendidikan agama ke arah melahirkan modal insan yang tinggi nilai rohani dan jasmani selain memastikan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara. 

Sebagai agensi agama, YADIM mengadakan kerjasama dengan PPM yang memainkan peranan penting menyampaikan maklumat juga menyampaikan kepada  masyarakat  luar bandar mengenai tahap keselamatan di pesisir negeri ini.

Kerjasama padu ini membuktikan Komuniti  NGO dan Agensi Awam sentiasa diperkasa. 

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Muhamad Pajeri Ali berkata dengan adanya pendekatan sebegini bersama YADIM kita mengharapkan dari segi kekuatan rohani mereka dari segi agama situasi keluarga khususnya organisasi PDRM.

 Guru-guru SK Sepanggar sempat bergambar dengan anggota rombongan.
KENANGAN: Guru-guru SK Sepanggar sempat bergambar dengan anggota rombongan.

Sementara itu, Mufti Negeri Sabah, SS Datuk Bongsu Aziz Jaafar menyifatkan program itu amat sesuai dengan  ajaran agama. Kita disuruh berkebajikan kepada  umat dan memandu serta memimpin mereka ke arah kehidupan yang  sempurna, katanya.

Setiausaha MPKK Kg. Pulau Sepanggar, Noorazieanah Abd Raja  berkata melalui program itu  mempastikan masyarakat kampunh tidak  ketinggalan dari segi keagamaan serta mengeratkan silaturrahim diantara pihak berkenaan dengan penduduk kampung.

Terdahulu ACP Mohamad Pajeri Ali dan Anggota turut meninjau kawasan operasi yang tertumpu dengan aktiviti pelancong di beberapa pulau pelancongan di Kota Kinabalu sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 .

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Bahagian Warisan P173 Putatan, Roslan Maksyum, YDP PIBG SK Pulau Sepanggar, Abdul Raja bin Sinit, Ketua Kampung, Ismail Tulaung, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Azirudeen Abdul Raja, 

Program Pelayaran Rahmah YADIM dan PPM Wilayah 4 Sabah itu adalah satu program yang amat bermanfaat dan memberi peluang bagi rakyat di pulau-pulau untuk mengenali lebih dekat peranan dan fungsi Yadim dan Pasukan Polis Marin melalui kolaborasi dalam menjayakan program itu.


 

  • oleh
  • Advertisement