Anda di sini

Anthony dilantik Penilai Pengadil Badminton Antarabangsa

Advertisement
 Anthony (tengah) bersama Silva (kanan) dan pembantu pengadil tempatan Nepal, Kiran Gopal Karanjit semasa Kejohanan Piala Presiden Siri Antarabangsa Junior Nepal 2020, baru-baru ini.
PENILAI: Anthony (tengah) bersama Silva (kanan) dan pembantu pengadil tempatan Nepal, Kiran Gopal Karanjit semasa Kejohanan Piala Presiden Siri Antarabangsa Junior Nepal 2020, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Bekas pengadil badminton antarabangsa Sabah, Datuk Anthony Linggian telah ditugaskan sebagai Penilai Pengadil semasa Kejohanan Piala Presiden Siri Antarabangsa Junior Nepal 2020, 8-11 Januari lalu.

Anthony telah ditugaskan menilai pengadil pertandingan dari Sri Lanka, Rohana De Silva yang akan dinaikkan sebagai pengadil badminton bertauliah Asia.

Silva juga adalah pemegang sijil pengadil Persekutuan Badminton Dunia.

Setiausaha Persatuan Badminton Sabah (SBA), Steve Jay  dalam kenyataan kelmarin berkata, Anthony kini satu-satunya anak jati Sabah yang memiliki kelayakan sebagai Penilai Pengadil Badminton Antarabangsa.

"Tugasan Anthony seterusnya ialah di Hanoi, Vietnam pada 20-30 Mac," kata Steve.

  • oleh
  • Advertisement