Anda di sini

ATPP Shah Alam juara B12 Piala Bola Sepak Borneo Malaysia

Advertisement
 Reaksi juara B12, ATPP Shah Alam selepas majlis penyampaian hadiah.
JUARA: Reaksi juara B12, ATPP Shah Alam selepas majlis penyampaian hadiah.

KOTA KINABALU: Pasukan ATPP Shah Alam berkenduri gol merangkul gelaran juara kategori bawah 12 tahun (B12)  Piala Bola Sepak Borneo Malaysia dengan membelasah TABS Bandaraya Sabah 8-0 pada final di Stadium Likas semalam.

Sambil itu FC Kuala Lumpur menang 3-2 ke atas Caloundra FC Australia pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sebelum itu, MMT Junior yang berazam menebus kekecewaan tewas di dua final sebelum ini  sekadar berpuas hati menduduki tempat keenam apabila tewas 3-1 di tangan Malaya Filipina pada penentuan tempat kelima dan keenam.

Penentuan tempat ketujuh dan kelapan juga menyaksikan pesta gol Turf City Singapura membelasah Australia Institute Football 7-0 manakala TUFC Kids Kota Belud menang 2-0 ke atas Northern Inland Football Australia pada penentuan kesembilan dan ke-10.

Sepuluh pasukan yang menyertai kategori itu dibahagikan kepada dua kumpulan dan bersaing secara liga satu pusingan.

Pasukan kemudiannya akan meneruskan pertarungan ke penentuan kedudukan yang mempertemukan pasukan di kedudukan sama dalam kumpulan termasuk perlawanan akhir yang mempertemukan juara kumpulan.

Kejohanan tahunan anjuran Borneo Sports and Holiday Adventures itu diteruskan dengan pertandingan kategori B11 bermula semalam.

Kejohanan itu juga telah mempertandingkan kategori B16, B15, B14 dan B13.

  • oleh
  • Advertisement