Anda di sini

Taman Negara Bako, Taman Negara Niah destinasi paling popular di Sarawak

Advertisement

KUCHING: Taman Negara Bako dan Taman Negara Niah menjadi destinasi pelanco-ngan paling popular di negeri ini berdasarkan tempahan diterima oleh beberapa agensi pelancongan tempatan, di sini.

Menurut ejen pelancongan tempatan Lionel Garry daripada Inter-Continental Travel Centre, dua destinasi tersebut menjadi destinasi yang mendapat permintaan paling tinggi oleh pelancong daripada pasaran antarabangsa.

“Di Sarawak, Taman Negara Bako dan Taman Negara Niah merupakan dua destinasi pelancongan yang paling ba-nyak ditempah oleh pelancong terutama pelancong luar.

“Dari situ kita dapat lihat, negeri ini mempunyai lokasi ekopelancongan yang mampu menarik banyak pelancong dari luar untuk datang,” katanya ketika ditemui pada pameran Travel Exchange (TRAVEX), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Lionel percaya, Sarawak mampu mengetengahkan nama Malaysia di mata dunia dari segi ekopelancongannya yang disifatkan memberi pulangan baik kepada sektor ekonomi negara.

Tambahnya, ekopelancongan di negeri ini juga berupaya dibangunkan selain dikekalkan keasliannya supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung dari serata dunia.

“Kami bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan apa yang kami dapat lihat Sarawak mampu berdaya saing dengan negara maju dari segi destinasi eko-pelancongan yang menarik.

“Pada masa sama, kami percaya masih ada banyak lagi kawasan di seluruh ne-geri ini yang belum dijelajah yang mempunyai keaslian serta kecantikan tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan Borneo Trails Mohd Yunus Sampeh berkata Sarawak dan Sabah merupakan dua negeri terbaik yang mewakili Kepulauan Borneo dalam pengenalan kepada destinasi pelancongan pilihan ramai.

“Selain Sarawak, Sabah juga mempunyai destinasi yang mendapat tempahan tinggi seperti Taman Kinabalu dan Taman Tunku Abdul Rahman.

“Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini, kami dengan bangganya mengalu-alukan kedata-ngan semua pelancong dalam mahupun luar negara untuk datang ke Sabah dan Sarawak dan melihat sendiri keindahan dua negeri di Pulau Borneo ini,” katanya.

Mohd Yunus menambah, peluang besar amat terbuka kepada sektor pelancongan negeri ini selepas berpeluang menghoskan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) pada kali ini.

Advertisement