Anda di sini

Chalamet dalam kisah Shakespeare bersama Lily-Rose Depp

Advertisement
 

BINTANG pujaan Hollywood Timothee Chalamet baru-baru ini berkata dia “begitu takut” untuk membawa watak Henry V dalam sebuah filem Shakespeare baharu yang epik bagi generasi milenium.  

Pelakon berusia 23 tahun yang dicalonkan untuk anugerah Oscar itu membawa watak ciptaan pujangga tersebut yang paling ranggi, Putera Hal, bersama teman wanitanya yang sebenar Lily-Rose Depp sebagai Catherine dari Valois dalam ‘The King’, yang mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Venice.

Sambil mengakui dia lebih biasa dengan “pedang cahaya daripada pedang logam”, bintang Amerika itu berkata ia “amat menakutkan bagi saya” untuk membawa watak raja Inggeris pada abad ke-15 yang menang ke atas Perancis dalam lumpur dan darah perang ‘Battle of Agincourt’.

“Ia adalah baharu sama sekali bagi saya untuk melakukan aksi ngeri. Ia adalah purba,” kata bintang ‘Call Me By Your Name’ mengenai adegan pertarungan ganas yang dibuat dalam masa dua minggu dalam kepanasan 40 darjah Centigrade di Hungary.

Filem itu menggabungkan semua pementasan Henry dari Shakespeare menjadi satu kisah panjang mengenai putera penyangak yang suka minum arak dan bersukaria itu dan sebenarnya tidak mahu menjadi raja tetapi dipaksa memegang kuasa pada waktu pergolakan yang dahsyat.

Pengarah dari Australia, David Michod, mengakui dia menggunakan teks berkenaan, salah satu mitos asas bagi nasionalisme Inggeris, dengan kebebasan yang ekstrim.

“Kami mereka-reka banyak perkara, saya tidak dapat ingat apa yang benar, apa yang Shakespeare dan apa yang datang dari kami,” katanya kepada pemberita.

Chalamet berkata cerita itu ada banyak perkara untuk disampaikan kepada golongan muda, termasuk kerana kebanyakan watak penting adalah seusianya dan “masih mencari-cari personaliti mereka”.

Dan dia membayangkan bahawa pemimpin Korea Utara yang muda Kim Jong-Un berada dalam fikirannya ketika dia bersiap-sedia untuk watak tersebut.

“Ketika itu, kuasa dipegang oleh orang yang luar biasa muda … dan terdapat sesuatu yang hampir meresahkan dalam perkara tersebut,” tambah pelakon itu.

“Terdapat kiasan moden dalam dunia. Saya tidak akan melaungkannya tetapi terdapat orang pada hari ini yang memegang kuasa kerana keturunan – yang mungkin memiliki sifat-sifat murni, tetapi kita tidak tahu – tetapi selalunya menggunakan kuasa dengan cara yang menakutkan.”

Pelakon pujaan ramai dari Britain, Robert Pattinson, membawa watak yang mencuri tumpuan sebagai ‘Dauphin’ berambut panjang yang jahat dari Perancis, dan dibelasah dengan teruk di Agincourt, dan pengarah Michod berkata dia telah memberi watak itu “kilauan” tertentu.

Depp, 20, anak kepada Johnny, yang membintangi filem arahan Ciro Guerra ‘Waiting for the Barbarians’, berkata filem Netflix itu “banyak bercakap mengenai kuasa”.

“Ia adalah waktu apabila kaum wanita tidak diberi kuasa dan tidak ada pilihan berhubung kehidupan mereka sendiri. Cara Catherine menuai kuasanya dan menggunakannya dengan cara yang sangat tenang dan keyakinan dan kekuatan yang tinggi bergema dengan waktu pemerkasaan sekarang, tambahnya. — AFP

Advertisement