Anda di sini

Kekalkan adat istiadat, warisan untuk generasi akan datang

Advertisement
 Abdul Yakub (empat kanan) menyerahkan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel petang semalam.
TERIMALAH: Abdul Yakub (empat kanan) menyerahkan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel petang semalam.

MUKAH: Adat istiadat dan warisan turun-temurun haruslah dikekalkan demi generasi seterusnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, budaya peninggalan generasi terdahulu tidak harus dibiarkan hilang ditelan zaman.

“Budaya yang baik dan sesuai dengan cara hidup haruslah kita kekalkan bersama demi peninggalan kita pada golongan belia masa kini dan suatu hari nanti,” katanya ketika Majlis Bengkel Adat Pertunangan dan Perkahwinan Kaum Melanau Zon Batang Mukah petang semalam.

Turut hadir Residen Mukah Hamdiah Bakir.

Menurut Yakub, adat tradisi dikhuatiri hilang jika tidak dipelihara dan diwarisi generasi muda.

Kesinambungan atas perkara itu harus disedari dan tidak boleh dipandang enteng serta memerlukan kerjasama pelbagai pihak, tambahnya.

Selain itu katanya, merujuk kepada adat istiadat berkaitan keramaian seperti pertunangan serta perkahwinan, ia juga adalah wadah pengukuh silaturahim sama ada antara keluarga mahupun masyarakat.

Sehubungan itu, beliau cadangkan bengkel sedemikian lebih kerap diadakan.

Ini bagi memastikan ada pelapis sentiasa peka dan tahu akan adat istiadat pertunangan dan perkahwinan khususnya bagi kaum Melanau sekitar Batang Mukah.

Advertisement