Anda di sini

Felix tonggak baharu Atletico Madrid: Simeone

Advertisement
 Aksi Felix ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Atletico Madrid dan Juventus di Stockholm, Sweden minggu lalu. — Gambar AFP
SANDARAN KELAB: Aksi Felix ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Atletico Madrid dan Juventus di Stockholm, Sweden minggu lalu. — Gambar AFP

MADRID: Atletico Madrid memulakan musim panas dengan kehilangan enam pemain terbaik mereka tetapi menamatkannya dengan kepercayaan yang lebih tinggi berbanding selama ini bahawa mereka dapat menewaskan Real Madrid dan Barcelona untuk memenangi kejuaraan La Liga, sebahagiannya kerana prestasi cemerlang penyerang baharu Joao Felix.

Diego Simeone ditugaskan untuk melakukan pembinaan semula skuad yang terbesar baginya sejak dia memikul tugas pada 2011 ekoran pemergian permain yang bukan sahaja mengurangkan pemain berbakat dalam pasukannya, termasuk pemain bintang Antoine Griezmann, tetapi menyebabkan ramai untuk bertanya sama ada pasukan itu dapat bermain lagi seperti dahulu.

Mereka kehilangan empat pemain pertahanan, selepas Filipe Luis dan Juanfran pergi ke Brazil untuk menyertai Flamengo dan Sao Paulo, kapten Diego Godin berhijrah ke Inter Milan, dan permata muda Lucas Hernandez dibeli oleh Bayern Munich.

Mereka juga kehilangan pemain tengah defensif Rodri kepada Manchester City selepas hanya setahun sahaja di kelab itu, manakala perbalahan di antara Atleti dan Barca berhubung pemergian Griezmann yang huru-hara meninggalkan rasa pahit di dalam mulut.

Tidak ramai yang menjangka Griezmann dan Frenkie de Jong yang bernilai 75 juta euro (RM368 juta) tidak akan membuat Barca jauh lebih kuat lagi, satu prospek yang memberi petanda buruk memandangkan mereka memenangi La Liga dengan kelebihan 11 mata hanya tiga bulan lalu, tetapi

Atletico kelihatan berada di tempat terbaik untuk mengambil kesempatan jika mereka goyah.

Penyerang Felix berada di tengah-tengah rasa yakin ekoran ketibaannya dengan harga 120 juta euro (RM588 juta), untuk memadamkan kesakitan ekoran pemergian pemain Perancis berkenaan walaupun bola kompetitif belum lagi ditendang.

Pemain berusia 19 tahun itu telah memukau pada pramusim, dengan penampilannya yang paling mengagumkan ketika menentang Juventus dan seorang rakan rakan senegara dari Portugal Cristiano Ronaldo pada Sabtu lepas, apabila dia menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi dalam kemenangan 2-1 di Stockholm.

“Di mana sahaja kita letak dia, dia membaca permainan dengan amat baik,” kata Simeone.

“Bagaimanapun perkara terbaik mengenai nya ialah dia mahu belajar. Apabila ini adalah keadaannya, adaptasi sentiasa lebih cepat.”

Mario Hermoso, Kieran Trippier dan Renan Lodi nampak seperti tambahan pertahanan yang amat bagus manakala Marcos Llorente dari Real Madrid dijangka pengganti yang licik bagi Rodri yang tangkas.

Atletico menamatkan cabaran 12 mata di depan Real pada musim lepas dan siri persembahan yang buruk pada musim panas oleh pasukan Zinedine Zidane – termasuk kekalahan 7-3 kepada musuh tetangga mereka di Madrid – tidak memberi keyakinan walaupun selepas ketibaan Eden Hazard.

Zidane hampa dalam usahanya untuk membawa masuk Paul Pogba, manakala dua pemain yang diketepikannya Gareth Bale dan James Rodriguez kekal dalam skuad.

“Kami memiliki skuad yang kami miliki,” kata Zidane. — AFP

Advertisement