Anda di sini

Lelaki warga asing rentung dalam kebakaran

Advertisement
API marak yang memusnahkan blok rumah sewa dan dua kereta di Putatan.
API marak yang memusnahkan blok rumah sewa dan dua kereta di Putatan.

PUTATAN: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan satu blok rumah sewa lima pintu di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa seorang warga asing yang berumur 19 tahun ditemukan pasukan forensik bomba kira-kira jam 9.30 pagi.

Kejadian kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok rumah berkenaan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam.

PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran dalam kejadian itu.
PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran dalam kejadian itu.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.10 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 3.30 pagi.

Selain itu, turut dilaporkan musnah terbakar dua buah kenderaan di kawasan berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement