Anda di sini

60 peserta sertai Program Bomba Komuniti dan ‘Fire Point’

Advertisement
 Khirudin (tujuh kiri), Tiong (lima kanan), Edmund (tiga kanan) dan Zaki (kanan) bergambar bersama Bomba Komuniti Kampung Sahabat Baru Lawas.
KENANGAN: Khirudin (tujuh kiri), Tiong (lima kanan), Edmund (tiga kanan) dan Zaki (kanan) bergambar bersama Bomba Komuniti Kampung Sahabat Baru Lawas.

PENGARAH Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM)  Sarawak Khiruddin Drahman @ Hussaini merasmikan Program Bomba Komuniti dan ‘Fire Point’ di Kampung Sahabat Baru, Lawas baru-baru ini.

Program anjuran Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) JBPM Sarawak dan JBPM Zon Tujuh Limbang itu disertai 60 peserta.

Ia membabitkan empat buah kampung iaitu Kampung Sahabat Baru, Lepaki, Pa Kepulu dan Long Segaman berlangsung di Dewan Gereja Kampung Sahabat Baru.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan mewarna Kelab 3K, demo pemadaman api dan sebagainya.

Hadir sama Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan JBPM Sarawak Tiong Ling Hii, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Mahai Amboh, Timbalan Penguasa Bomba Zon Tujuh Limbang,  Hamdani Madon dan Ketua Balai Bomba Lawas, Zaki Husin.

Advertisement