Anda di sini

Melaka United terima tajaan bernilai RM3.8j

Advertisement

MELAKA: Melaka United memperolehi penajaan ber­jumlah RM3.8 juta bagi mengharungi saingan Liga FAM musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Me l aka Uni t e d (MUSA), Datuk Seri Id­ris Haron berkata pena­jaan itu merangkumi RM2 juta daripada kerajaan neg­eri Melaka selain bebera­pa syarikat swasta seperti Mamee-Double Decker (M) Berhad (RM300,000 dan sebuah kereta); Kejuruter­aan Asas Jaya Sdn Bhd (RM500,000); Hatten Group (RM200,000); Faithview Group (RM200,000) dan Sadra Motor (RM200,000).

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata penajaan itu akan diguna se­baik mungkin bagi mencapai sasaran beraksi di Liga Per­dana musim depan sebelum menyertai pasukan elit lain di Liga Super.

“Ini (penajaan) merupakan satu suntikan semangat ke­pada kita semua untuk bert­erusan menyokong Melaka United seterusnya melihat pasukan ini melakukan satu perubahan dan anjakan dalam arena bola sepak negara,” katanya selepas menyem­purnakan majlis penyerahan cek penaja dan pelancaran jersi Melaka United di sini, semalam.

Melaka United akan mem­ulakan saingan musim ini dengan menentang Perlis pada perlawanan pusingan pertama Piala FA, Selasa ini di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sementara itu, penolong pengurus Melaka United Noor Azman Rahman ber­kata pasukan itu telah ber­sedia mengharungi saingan musim ini.

“Saya lihat dari segi keserasian pemain juga sangat bagus dan kami yakin pada 21 Januari ini, kami akan menang menentang Perlis dan seterusnya menghadapi Liga FAM,” katanya. — Bernama

Advertisement