Anda di sini

Isu parkir kereta, PH mahu SPRM campur tangan 

Advertisement
 

MIRI: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Negeri, Senator Alan Ling (gambar) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk campur tangan isu 'penswastaan' parkir kereta di sini. 

Beliau, yang menyatakan sokongan dan bersetuju dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon supaya SPRM menyiasat isu berkenaan, berkata sudah tiba masanya untuk pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) memperjelaskan tindakan mereka menyerahkan pengurusan parkir kereta di sini kepada syarikat swasta. 

Menurut Alan, aset parkir kereta ini adalah aset awam, justeru apa jua keuntungan yang dikutip daripada orang awam perlu dijadikan keuntungan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepenuhnya, agar ia boleh digunakan sebagai dana untuk membangunkan pelbagai kemudahan awam. 

"Tindakan pihak MBM menyerahkan pengurusan tapak parkir kenderaan yang begitu murah kepada syarikat tersebut dilihat sebagai jalan mudah untuk mereka mengaut keuntungan daripada rakyat," katanya. 

"Justeru tindakan ADUN Pujut (Dr Ting) yang menggesa supaya SPRM campur tangan dalam perkara ini adalah tepat pada tiba masanya. 

“MBM pula, harus menjelaskan kepada rakyat di Miri, kepada kita perlu menyerahkan pengurusan parkir ini kepada syarikat swasta?," soalnya. 

Beliau memberitahu perkara tersebut kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya di laman sosial Facebook yang menyokong langkah diambil oleh Dr Ting bagi menggesa SPRM menyiasat MBM dan tindakan mereka, dalam menyerahkan pengurusan parkir kereta di Miri kepada syarikat swasta.

Dalam akaun Facebooknya yang dimuatkan pada pukul 9.35 pagi, 17 November, Alan yang juga Setiausaha DAP Negeri, menegaskan sudah tiba masa bagi pihak ‘pengurusan’ berkenaan mengembalikannya semula kepada PBT kerana ia adalah aset awam yang tidak sepatutnya dimanipulasikan untuk menguntungkan syarikat swasta. 

Manakala Dr Ting, telah membuat laporan di Pejabat SPRM di Kuching pada 14 November lalu, pukul 1.30 tengah hari berhubung tindakan MBM menyerahkan pengurusan parkir di Miri kepada syarikat swasta dan meminta SPRM menyiasat perkara tersebut. 

  • oleh
  • Advertisement