Anda di sini

Mayat warga emas ditemukan di dalam rumah terkunci

Advertisement
 Pasukan bomba menemukan mayat lelaki warga emas di rumah berkunci.
OPERASI: Pasukan bomba menemukan mayat lelaki warga emas di rumah berkunci.

TAWAU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di dalam rumahnya di Taman Maju Jaya, Jalan Chong Thien Vun, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas membuka pintu rumah terkunci pada jam 7.09 malam.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati pintu rumah terkunci seterusnya pasukan bomba menjalankan operasi menggunakan peralatan khas.

“Pasukan operasi menemukan mayat seorang lelaki warga emas yang sudah mula membengkak di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis, sebelum dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat dan operasi ditamatkan pada jam 7.48 malam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement