Anda di sini

Jalan Penampang-Tambunan kini boleh dilalui

Advertisement
 Jalan Penampang-Tambunan sudah boleh dilalui oleh kenderaan.
RUNTUH: Jalan Penampang-Tambunan sudah boleh dilalui oleh kenderaan.

PENAMPANG: Jalan Penampang-Tambunan, kini boleh dilalui selepas runtuhan dan aliran lumpur yang berlaku berhampiran Kampung Togudon, Penampang, dibersihkan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, bagaimanapun jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom itu hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

Satu lorong jalan telah dibuka untuk dilalui sementara kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, laluan berkenaan dilaporkan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan berikutan cerun runtuh dan aliran lumpur di lokasi berhampiran Kampung Togudon, Penampang, kira-kira 4 petang semalam.

Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil tindakan awal termasuk melakukan pembersihan permukaan jalan dan memasang papan tanda pelan pengurusan trafik (TMP).

  • oleh
  • Advertisement