Anda di sini

Deirdre Serena Sendi dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Sibu 2024

Advertisement
Deirdre Serena Sendi yang duduk diapit Clarissa (empat kiri) dan Nelly (dua kanan) merakam kenangan bersama Angelina (kanan) serta yang lain selepas mengungguli Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 malam semalam.
Deirdre Serena Sendi yang duduk diapit Clarissa (empat kiri) dan Nelly (dua kanan) merakam kenangan bersama Angelina (kanan) serta yang lain selepas mengungguli Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 malam semalam.

SIBU: Deirdre Serena Sendi Michael Remy telah dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam semalam.

Dengan gelaran tersebut, beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM4,000, mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Gelaran 'Lulong' (naib johan) disandang Clarissa Rinya Setian yang menerima RM3,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Nelly Mujan Rogelio meraih gelaran 'Selinggar Matahari' (tempat ketiga) sekali gus memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Enam peserta lagi masing-masing membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Datin Sri Angelina Ujang yang merupakan isteri Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Turut mengiringi ialah Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Angelyn Uchi Maseng.
 

  • oleh
  • Advertisement