Anda di sini

Semena, Jalan Medamit banjir kilat susulan hujan lebat

Advertisement
Anggota APM ketika memantau Jalan Semena-Medamit pada Jumaat.
Anggota APM ketika memantau Jalan Semena-Medamit pada Jumaat.

LIMBANG: Kawasan Semena dan Jalan Medamit merupakan antara dua lokasi yang dinaiki air susulan hujan lebat pada petang Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, hujan lebat berterusan mengakibatkan dua kawasan rendah itu dinaiki air.

Katanya, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang diketuai Lans Koperal (PA) Amirul Matusin membuat pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air membabitkan sebuah pikap.

“Jalan utama menuju ke Semena dinaiki air naik setinggi satu setengah kaki yang mengakibatkan kereta kecil tidak dapat melaluinya namun kini trend air surut.

“Manakala tiada kenaikan air berlaku di hujung Jalan Medamit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, kawasan yang dipantau masih dalam keadaan selamat dan terkawal.

  • oleh
  • Advertisement