Anda di sini

Segera baiki lampu jalan di Kampung Tanah Merah

Advertisement
 Lampu jalan yang rosak perlu diatasi segera untuk keselamatan penduduk berjalan pada waktu malam.
BAIKI SEGERA: Lampu jalan yang rosak perlu diatasi segera untuk keselamatan penduduk berjalan pada waktu malam.

SANDAKAN: Pihak berwajib diminta segera membaiki jalan lampu tidak berfungsi di Kampung Tanah Merah di sini.

Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting, Ricky Voon berkata, kemudahan itu adalah satu-satunya lampu jalan untuk digunakan penduduk di kampung berkenaan.

"Walaupun kampung berkenaan diduduki hanya beberapa rumah kampung yang serba daif, penduduk masih mengharapkan lampu jalan berkenaan untuk melihat jalan pada waktu malam," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, perkara berkenaan sudah disampaikan kepada pihak berkaitan dan diharapkan tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement