Anda di sini

Pertandingan cakera terbang dijayakan di padang UPMKB 

Advertisement
Para peserta yang menyertai pertandingan cakera terbang di padang UPMKB, hari ini merakam gambar bersama Pang (berdiri tengah).
Para peserta yang menyertai pertandingan cakera terbang di padang UPMKB, hari ini merakam gambar bersama Pang (berdiri tengah).

BINTULU: Pertandingan Cakera Terbang 'Sarawak Ultimate Open Tournament 2024' telah diadakan di padang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) hari ini.

Perasmian pertandingan telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang yang mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Sarawak Flying Disc Association.

Pang berkata, lebih banyak pertandingan seumpamanya melibatkan peringkat kebangsaan dan serantau diadakan bagi mempromosi keindahan Sarawak dan sebagai tarikan pelancongan.

"Acara berskala besar bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi serantau dan pelancongan tempatan bahkan memberi peluang kepada pemain untuk merasai pelbagai pengalaman dengan masyarakat berbilang budaya dan etnik Sarawak," katanya.

Beliau berkata, ia turut membantu mempromosi serta mendedahkan masyarakat dengan permainan cakera terbang tersebut yang mungkin suatu hari nanti dapat dimasukkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Advertisement