Anda di sini

Penutupan OSTEX EAST 1/24 berjaya dilaksanakan

Advertisement
 Antara aktiviti dilakukan semasa OSTEX EAST diadakan baru-baru ini. - Gambar Facebook Markas Pemerintahan Armada Timur
Antara aktiviti dilakukan semasa OSTEX EAST diadakan baru-baru ini. - Gambar Facebook Markas Pemerintahan Armada Timur

KUCHING: Majlis Penutup Operational Sea Training EAST 1/24 atau singkatannya OSTEX EAST 1/24 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), OSTEX EAST itu telah bermula sejak 16 Mei lalu di Kota Kinabalu, Sabah dan berakhir pada 26 Mei di Kuching.

Katanya, pelbagai pengisian telah dilaksanakan dengan penglibatan sembilan kapal permukaan, dua bot tempur dan sebuah pesawat ScanEagle UAS. 

“Selain itu, eksesais ini turut mendapat kerjasama baik daripada Tentera Udara Diraja Malaysia dengan penyertaan dua pesawat HAWK dan sebuah helikopter EC725.  

“Eksesais ini merupakan eksesais intra-TLDM yang dilaksanakan secara berkala dengan objektifnya untuk menguji tahap kompetensi warga dan aset di Armada Timur,” menurut kenyataan.

Tambah TLDM, pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan sepanjang latihan meliputi aspek latihan navigasi, peperangan permukaan, peperangan udara, peperangan elektronik, komunikasi dan ilmu kelautan.

Katanya, eksesais ini turut menjadi platform kepada Armada Timur memperagakan kehadiran di perairan Zon Maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan Sabah dan Sarawak serta kepentingan maritim negara sentiasa terpelihara.

Latihan berterusan TLDM di Zon Maritim Malaysia (ZMM) terutamanya di perairan Sarawak ini turut membuktikan komitmen TLDM bagi mempertahankan kedaulatan maritim negara melalui show of presence pada skala besar secara berterusan.

Advertisement