Anda di sini

PCAKK sentiasa memerlukan sokongan daripada semua pihak

Advertisement
 Ivy Stanislaus bersama ahli PCAKK bakal menganjurkan majlis makan malam amal.
DANA: Ivy Stanislaus bersama ahli PCAKK bakal menganjurkan majlis makan malam amal.

KOTA KINABALU: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) sentiasa memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan dan swasta bagi membantu badan berkenaan menjaga kebajikan pesakit kronik. 

Presiden PCAKK, Ivy Stanislaus berkata, PCAKK menggunakan pendekatan supaya dapat menambah baik kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka menghadapi masalah yang berkaitan dengan penyakit kronik. 

“Kita menyediakan perkhidmatan menjaga pesakit seperti kanser, buah pinggang, jantung, paru-paru, alzheimer, saraf, neuron motor dan strok,” katanya dalam kenyataan media, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, PCAKK juga menawarkan sistem sokongan untuk membantu pesakit hidup seaktif mungkin.

“Kami menyediakan bantuan perubatan dan peralatan untuk kegunaan pesakit bagi memberi keselesaan serta memudahkan keluarga menjaga orang tersayang di rumah mereka. 

“Semua perkhidmatan sokongan, bantuan perubatan dan peralatan yang disediakan kepada pesakit adalah percuma,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Datuk Margaret Lim berkata, Program Penjagaan Rumah adalah perkhidmatan sokongan, disediakan di rumah pesakit.

“Program ini juga membolehkan pesakit menghabiskan hari-hari terakhir mereka di rumah bersama orang tersayang," katanya. 

Margaret berkata, PCAKK sudah menjaga lebih daripada 5,000 orang pesakit dan keluarga mereka sehingga kini. 

  • oleh
  • Advertisement