Anda di sini

Lelaki melecur dalam kebakaran rumah

Advertisement
 Rumah mangsa yang melecur musnah terbakar dalam kejadian itu.
MUSNAH: Rumah mangsa yang melecur musnah terbakar dalam kejadian itu.

BELURAN: Seorang lelaki melecur di beberapa bahagian badannya dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Telupid, di sini, pagi tadi.

Mangsa lelaki dewasa yang melecur tahap satu diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.57 pagi.

Katanya, Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

"Sebaik tiba, didapati sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dan seorang lelaki melecur tahap satu.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dua pancutan dari sumber air terbuka (sungai),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.40 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya 15 minit kemudian.

"Pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement