Anda di sini

Larry sumbang peruntukan RM35,000 kepada SK Ulu Entaih

Advertisement
Larry menyempurnakan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ulu Entaih, Julau pada Khamis.
Larry menyempurnakan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ulu Entaih, Julau pada Khamis.

SARIKEI: Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien telah menyumbang peruntukan sebanyak RM35,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih, Julau.

Kata Larry, peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan pihak sekolah berkenaan untuk memperbaiki kemudahan bekalan air.

“Pihak kita telah dimaklumkan bahawa sumber air di sekolah ini dibekalkan melalui sistem graviti dan keadaan paip utama pada sistem ini telah uzur dan kerap kali pecah.

“Situasi ini telah menyebabkan sekolah ini kerap mengalami gangguan bekalan air dan pihak kita turut dimaklumkan bahawa paip tersebut berusia 30 tahun,” kata Larry.

Beliau berkata demikian pada  Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada Khamis.

Menurut Larry, peruntukan tersebut adalah untuk  membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah berkenaan.

Tambahnya, pada tahun 2022 juga beliau telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM26,000 untuk membaik pulih astaka dan membeli set kelengkapan alat siar raya sekolah berkenaan.

“Kita amat menekankan bidang pendidikan sebab ini sahaja jalan yang terbaik untuk mengubah kehidupan kita walaupun kita di kawasan pedalaman.

“Mengenai arus telekomunikasi di sekolah ini, ia telah lengkap dipasang dengan sistem Starlink.

“Kita berharap kemudahan tersebut akan membantu pelajar dan guru untuk berhubung serta menggunakan perkhidmatan Internet,” ujar Larry lagi.

  • oleh
  • Advertisement