Anda di sini

Abang Johari sempurnakan majlis pecah tanah Boutique Hotel Dalat

Advertisement
Abang Johari (kanan) bersama tetamu kenamaan lain pada simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Boutique Hotel Dalat hari ini.
Abang Johari (kanan) bersama tetamu kenamaan lain pada simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Boutique Hotel Dalat hari ini.

DALAT: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Boutique Hotel Dalat di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, wakil Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Kusyairi Bostani, Residen Bahagian Mukah Kueh Li Poh dan kenamaan yang lain.

Menurut kenyataan, pembinaan hotel ini dijangka bermula pada pertengahan tahun depan dan cadangan projek ini terletak dalam kawasan pembangunan seluas 1.958 ekar yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak kepada LCDA.

Kawasan ini juga akan menempatkan komponen-komponen komersial lain.

Apabila siap kelak, hotel ini bakal menyediakan kemudahan sebanyak 35 bilik tetamu, dilengkapi dengan bilik mesyuarat, pejabat, dewan persidangan dan acara, dewan jamuan serta tempat letak kenderaan.

Secara tidak langsung, projek ini bakal memberi impak pembangunan pesat kepada pekan Dalat dan kawasan sekitarnya termasuk kawasan Oya, Igan dan bandar Mukah.

Pembangunan pesat di Bahagian Mukah termasuk penyediaan infrastruktur seperti Lapangan Terbang Mukah yang baharu, lebuh raya pesisir pantai dan pembinaan Jambatan Igan akan merancakkan lagi industri pelancongan dan pertanian di daerah Dalat.

Advertisement