Anda di sini

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Syarikat KUFPEC Malaysia 

Advertisement
Tun Wan Junaidi mengenakan jubah pemberian Salem (lima kiri) semasa kunjungan hormat di Astana Negeri. - Gambar UKAS
Tun Wan Junaidi mengenakan jubah pemberian Salem (lima kiri) semasa kunjungan hormat di Astana Negeri. - Gambar UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima kunjungan hormat daripada Syarikat Kuwait Foreign Petroleum Exploration (KUFPEC) Malaysia Sdn Bhd di Astana Negeri di sini diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Salem Al Haimer. 

Turut serta dalam kunjungan tersebut, Pengurus Negara KUFPEC Mohammad Al Sabti, Penasihat Kanan KUFPEC, Datuk Seri Qamarul, Ketua Komersial dan Pemasaran KUFPEC Haidar Khadadeh, Penasihat Perancangan Strategik KUFPEC Ahmed Aoufi dan Penolong Eksekutif KUFPEC Syed Emir Ashman. 

Salem yang ditemui selepas kunjungan itu berkata, pihaknya bersedia membina kerjasama yang kukuh dengan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) bagi berkongsi kepakaran, teknologi dan pelaburan yang diharapkan memberi impak positif kepada industri tempatan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

“Kami anak syarikat di bawah Kuwait Petroleum Corporation (KPC) bersedia untuk menjadi penyumbang besar dalam visi PETROS. 

“Kami juga ingin membawa nilai tambah melalui pengalaman dan kepakaran kami untuk memberi impak positif kepada masyarakat setempat seterusnya mencapai kejayaan bersama dalam pembangunan negeri ini,” katanya. 

Advertisement