Anda di sini

MyyMall di Lutong anjur Pesta Usahawan Muda 25 dan 26 Mei ini

Advertisement
 

MIRI: Sempena musim cuti sekolah, kompleks beli belah MyyMall di Lutong sini dengan kerjasama Myy Learning Hub dan Lepak Borneo akan menganjurkan Pesta Usahawan Muda pada 25 dan 26 Mei ini.

Dengan sebanyak 22 gerai, acara ini akan menampilkan lebih 40 usahawan muda yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.
 
Ia juga merupakan adalah acara komuniti oleh MyyMall untuk membolehkan kanak-kanak membina persekitaran pasar yang kreatif, merancang gerai mereka sendiri dan menjual barang-barang yang mereka sediakan sambil berinteraksi dengan para pengunjung.

Gerai-gerai tersebut menawarkan pelbagai jenis produk termasuk mainan, minuman, makanan ringan, buku, kraf tangan dan banyak lagi. 

Orang ramai dipelawa hadir untuk memeriahkan lagi pesta tersebut.

Advertisement