Anda di sini

Hadiah telefon pintar untuk peserta peraduan pada HLN2024

Advertisement
 Kazan Forum 2024'.
TERBAIK: Suhairi ketika berada di XV International Economic Forum 'Russia - Islamic World : Kazan Forum 2024'.

PUTRAJAYA: Sempena sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN2024) di Taman Tasik Shah Alam, Selangor mulai semalam sehingga 2 Jun, orang ramai berpeluang memenangi hadiah telefon pintar dalam peraduan Beli & Menang jika mereka membeli Malaysian Orchid Golden Gift Box’di lokasi acara atau melalui laman sesawang www.orchidmas.com sepanjang acara berlangsung.

Pengarah Urusan, Orchidmas Sdn. Bhd., Suhairi Sulaiman berkata, syarikat itu akan menjual‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’dengan harga promosi sepanjang acara itu.

"Sesuatu yang pasti akan menjadi pengalaman indah untuk pengunjung yang membeli kotak hadiah itu pada harga istimewa dengan potongan diskaun sehingga 40 peratus.

"Pembeli yang bertuah akan berpeluang menerima telefon pintar yang akan diumumkan pada 2 Jun pada jam 5.00 petang iaitu pada hari terakhir nanti.

"Sila ikuti laman Facebook Orchidmas untuk menonton sesi cabutan bertuah dan pengumuman lima pembeli yang bertuah menerima telefon pintar," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Suhairi, Orchidmas akan juga menemui pengunjung HLN2024 pada 30 Mei bagi berkongsi pengalaman dalam pengeksportan Orkid Mokara sebagai hiasan bilik, cenderahati dan landskap di pasaran  luar negara.

"Orchidmas merupakan pengeluar produk‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ dengan kerjasama peladang dalam projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) di Lukut dan Linggi, Negeri Sembilan serta Sepang, Selangor.

"Setakat ini kami telah memasuki pasaran Dubai sejak Februari lepas. Kami juga menerima maklum balas positif hasil penyertaan kami di Russia Islamic World: Kazan Forum 2024 di Rusia pada 14 sehingga19 Mei lepas. Insya-Allah peluang pasaran produk ini juga sangat tinggi di Timur Tengah," katanya.

Sambutan HLN2024 dengan tema "Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani"  akan dirasmikan esok oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pelbagai acara disediakan termasuk pameran, jualan, pertandingan, program serta aktiviti menarik untuk pemain industri landskap serta pengunjung yang hadir.
 

Advertisement