Anda di sini

Abang Johari terima kunjungan hormat Ketua Pengarah J-KOM 

Advertisement
Abang Johari (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama delegasi J-KOM diketuai Khairuddin (tiga kanan). Turut kelihatan Abdullah (dua kanan). - Gambar UKAS
Abang Johari (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama delegasi J-KOM diketuai Khairuddin (tiga kanan). Turut kelihatan Abdullah (dua kanan). - Gambar UKAS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Mohd Khairuddin Othman di Wisma Bapa Malaysia di sini. 

Turut serta dalam kunjungan itu Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol. 

Khairuddin yang ditemui selepas kunjungan itu berkata, J-KOM bekerjasama dengan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam menyampaikan informasi yang tepat mengenai kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak khususnya. 

Hasil kerjasama tersebut katanya, J-KOM dan UKAS akan terus bergerak untuk kepentingan komuniti di Sarawak. 

“J-KOM mesti memahami realiti di Sarawak ini dan kita faham ada informasi-informasi sensitif dan yang baik yang kita perlu sampaikan. 

“Jadi kita menerima pandangan dan nasihat daripada Premier Sarawak bahawa kita harus menjaga sensitiviti terutamanya di Sarawak ini. 

“Insya-Allah kita akan bekerjasama dengan erat dan kita akan bertukar pandangan dengan UKAS dari semasa ke semasa,” katanya. 

Tambah Khairuddin, J-KOM akan memberi informasi yang betul kepada masyarakat terutama di Semenanjung untuk memastikan bahawa informasi yang disampaikan itu betul dan tiada yang memanipulasi maklumat tersebut. 

Advertisement