Anda di sini

Mangsa arus deras di Sungai Segama ditemukan lemas

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi mengangkat mayat mangsa terbabit.
LEMAS: Pasukan bomba menjalankan operasi mengangkat mayat mangsa terbabit.

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjalankan kerja memasang kabel besi di Sungai Ulu Segama, di sini, Selasa lalu, ditemukan lemas.

Mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada jarak 500 meter dari Ladang AAP Plantation, kira-kira jam 11 malam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa pada jam 7.30 pagi tadi.

“Sepasukan lapan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi membantu mengangkat mangsa.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, mangsa ditemukan pada jarak 500 meter dari Ladang AAP Plantation, kira-kira jam 11 malam, semalam oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi berkenaan.

“Sebaik penemuan mayat mangsa terbabit, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi kejadian, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.20 pagi tadi” katanya.

Terdahulu, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjalankan kerja-kerja memasang kabel besi di Sungai Ulu Segama, Selasa lalu.

Mangsa dikatakan gagal menyelamatkan diri selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya hanyut akibat arus deras.

  • oleh
  • Advertisement