Anda di sini

Food Aid Foundation agih 118 bantuan kepada golongan memerlukan

Advertisement
 Rombongan Food Aid Foundation disambut mesra oleh warga FAS dan Persatuan San Chuan Sabah.
MESRA: Rombongan Food Aid Foundation disambut mesra oleh warga FAS dan Persatuan San Chuan Sabah.
 Darren dan Winnie mengagihkan tongkat dan kerusi roda kepada warga emas.
SUMBANGAN: Darren dan Winnie mengagihkan tongkat dan kerusi roda kepada warga emas.

KOTA KINABALU: Food Aid Foundation yang pertama kali berada di Sabah, tidak melepaskan peluang untuk menjalankan misi kemanusiaan mengagihkan 118 bantuan kepada golongan memerlukan.

Dengan kerjasama Food Aid Sabah (FAS) dan Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah, rombongan misi kemanusian ini menyantuni lima buah kampung di pendalaman Penampang termasuklah Kampung Duvanson, Madsiang, Tuavon, Kolopis dan Inobong.

Food Aid Foundation berada di Sabah bagi meninjau lokasi dapur kemanusiaan yang bakal dibina selain beramah mesra dengan Food Aid Sabah (FAS).

Rombongan misi kemanusiaan ini disambut mesra oleh penduduk dengan paluan gong dan tarian tradisi, sempena meraihkan bulan kaamatan.

Selain bantuan makanan yang ditaja oleh MTT Shipping, Timbalan Pengerusi FAS Datuk Winnie Lee turut mengagihkan tongkat, kerusi roda, lampin pakai buang bagi dewasa dan susu tepung kepada warga emas dan OKU. 

Pada program sama, Aaron Kitchen juga menyumbangkan 1500 biji telur untuk misi kali ini.

Penasihat Persatuan San Chuan Sabah Datuk Iskandar Lo turut meluangkan masa untuk menyertai misi kemanusiaan di Penampang.

Pengerusi FAS Darren Liew berkata, rombongan Food Aid Foundation yang terdiri dari Rick Chee, Ling Siew Yee, S.S. Raja, Khairulbariah, Melvin Khoo, Neoh Kean Soon, juga sudah bertemu dengan Malaysia Association Hotel (MAH) bagi memperkenalkan misi kemanusian persatuan serta membincangkan kerjasama di masa akan datang dalam projek amal dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Orang ramai atau agensi lain yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi FAS di talian 016-2200520 atau melayari laman sosial Facebook FAS https://www.facebook.com/ FoodAidSabah.

Advertisement