Anda di sini

Dayang Noorazah santuni keluarga alami kerosakan rumah

Advertisement
Dayang Noorazah (empat kanan) menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Abang Hasbi.
Dayang Noorazah (empat kanan) menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Abang Hasbi.

SRI AMAN:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor menyantuni sebuah keluarga yang mengalami kerosakan rumah di Kampung Tanah Baru Sembau di sini pada Rabu.

telah menggadakan kunjungan ke kediaman salah seorang penduduk di Kampung Tanah Baru Sembau, Sri Aman iaitu di kediaman Abang Hasbi Abang Aing yang dilaporkan mengalami kerosakan dan runtuh di bahagian rumah pada 12 Mei yang lepas dekat sini semalam.

Menurut Dayang Noorazah, pada 12 Mei yang lalu Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerima laporan daripada penduduk mengenai masalah bilik sebuah rumah iaitu kediaman Abang Hasbi Abang Aing telah runtuh.

Katanya, bertindak atas laporan berkenaan wakil Pusat Khidmat DUN Lingga telah hadir melakukan tinjauan ke atas rumah terbabit.

Wakil daripada Pejabat Daerah Sri Aman katanya, turut hadir memantau kawasan sekitar bagi mengenal pasti punca kejadian.

Siasatan mendapati keadaan rumah mangsa sangat uzur dan tidak selamat diduduki, katanya.

Susulan itu, Dayang Noorazah mengunjungi sendiri rumah runtuh tersebut bagi mendengar masalah dan luahan daripada pemilik rumah dan akan membuat tindakan selanjutnya bersama agensi kerajaan berkaitan.
 

  • oleh
  • Advertisement