Anda di sini

Wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan

Advertisement
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita disahkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Samarahan Link lewat malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.20 tengah malam.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

"Setibanya di lokasi kemalangan, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan terdapat seorang mangsa wanita tersepit di tempat duduk pemandu (kereta).

"Pasukan bomba terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya hasil pemeriksaan oleh anggota paramedik telah mengesahkan mangsa, Mary Peter, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu kenderaan 4WD dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement