Anda di sini

Sembilan pelajar UPMKB Sarawak cemerlang dalam pertandingan, acara di UniMAP

Advertisement
Para pelajar UPMKB yang meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam Pertandingan 'Exhibition for Young Agricultural and Food Engineers Technology' merakam gambar bersama penasihat yang juga pensyarah mereka.
Para pelajar UPMKB yang meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam Pertandingan 'Exhibition for Young Agricultural and Food Engineers Technology' merakam gambar bersama penasihat yang juga pensyarah mereka.

BINTULU: Kelab MSAE-SC Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Sarawak menyerlah apabila sembilan pelajarnya dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian (DKTP) berjaya membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Pertandingan Exhibition for Young Agricultural and Food Engineers Technology dan acara 'Amazing Race' di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 10 hingga 16 Mei lepas.

Pertandingan tersebut adalah sempena program 10th Southeast Asian Agricultural and Food Engineering Student Chapter Annual Regional Convention 2024 (ARC2024).

UPMKB dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sembilan pelajar tersebut terdiri daripada Wan Amrin Aniq Wan Abu Manshor, Akmal Mirza Asbanizam, Fazrul Aiman Zainon, Nur Naziirah Batrishia Mokhlis, Nur Hurin Husna Rafiee, Nora Aniza Riduan, Yohanes Laing Zakaria, Tan Yu Xian dan Simon Merinding.

"Mereka merupakan pelajar di bawah bimbingan penasihat Kelab MSAE-SC UPMKB Dr Nor Hanifawati Inai dan pensyarah Jabatan Sains dan Teknologi UPMKB Dr Wan Nor Zanariah Zainol@Abdullah dan Dr Nozieana Khairuddin," tambah kenyataan itu.

Katanya, pertandingan tersebut turut disertai para pelajar Indonesia dari Universitas Brawijaya, Universitas Gadjah Mada, Universitas Andalas, Universitas Mataram, Universitas Hasanuddin serta pelajar Thailand dari Suranaree University of Technology dan Maejo University.

Ujarnya, beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan seperti UPM Serdang termasuk UPMKB, UniMAP, Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin, UiTM Jasin, UiTM Arau, Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli turut menyertainya.

Menurut kenyataan itu, program selama enam hari tersebut bertujuan memberi peluang kepada para pelajar berlatar belakang jurusan kejuruteraan pertanian dari negara-negara ASEAN bertukar pengalaman dan pendapat dalam bidang terbabit. 

"Kepelbagaian penyertaan ini diharap dapat membuka ruang bagi para peserta untuk menimba pengalaman baharu dan menjalin hubungan baik sesama bakal jurutera pertanian di negara ASEAN," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement