Anda di sini

Jawatankuasa Komuniti PBT mampu menyumbang kepada pembangunan mapan

Advertisement
Billy (depan, dua kiri) menyerahkan Buku Garis Panduan Jawatankuasa Zon Komuniti Majlis Daerah Lundu. - Gambar UKAS.
Billy (depan, dua kiri) menyerahkan Buku Garis Panduan Jawatankuasa Zon Komuniti Majlis Daerah Lundu. - Gambar UKAS

KUCHING: Jawatankuasa Komuniti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mampu menyumbang kepada pembangunan mapan secara keseluruhannya di daerah Lundu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, ia termasuk pembangunan secara fizikal atau infrastruktur, pembangunan dalam melestarikan alam sekitar dan pembangunan sosial. 

"Penubuhan Jawatankujasa Komuniti ini diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat melalui kerjasama antara ahli-ahli majlis dan ahli Jawatankuasa Komuniti serta masyarakat setempat agar bersedia dengan pembangunan yang bakal dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Buku Garis Panduan Jawatankuasa Zon Komuniti Majlis Daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu di Lundu, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf mewakili ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan. 

Billy menambah, program seperti itu dapat membuka potensi Lundu sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Katannya, ia juga mempersiapkan mentaliti penduduk setempat dengan menggalakkan penglibatan semua untuk memastikan daerah Lundu mampu berdaya saing terutama dengan kemasukan pelancong tempatan atau luar negara.

"Selain pembangunan infrastruktur, PBT juga disarankan untuk membangunkan alam sekitar agar seiring dengan pembangunan yang seimbang," katanya.

Advertisement