Anda di sini

IPD Lawas jayakan program derma darah

Advertisement
Liong menderma darah pada program itu ditemani isterinya Jurawati, baru-baru ini.
Liong menderma darah pada program itu ditemani isterinya Jurawati, baru-baru ini.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas terus cakna terhadap nyawa orang awam dengan mengadakan Program Derma Darah Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong berkata, menderma darah merupakan satu tanggungjawab yang mulia kerana dapat menyelamatkan nyawa pesakit atau mereka yang memerlukannya.

Beliau berharap program sedemikian akan diadakan berterusan dan mengajak warga Lawas untuk sama-sama menderma darah bagi membantu Unit Tabung Darah  menambah bekalan darah.

“Program derma darah seperti ini amat dialu-alukan oleh pihak hospital kerana dengan menderma darah kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang memerlukannya.

“Saya amat berharap agar program seumpama ini dapat diadakan sekerap mungkin bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya pada Program Derma Darah Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat IPD Lawas.

Program diadakan dengan kerjasama pihak Unit Tabung Darah Hospital Lawas.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Lawas Jurawati Bunsu.

Pada program itu, Liong turut menderma darah bersama pegawai dan anggota lain.
 

  • oleh
  • Advertisement