Anda di sini

Dua tuai rumah tercicir pelantikan ketua kaum akhirnya dapat sijil

Advertisement
Penguang (empat kiri) bersama kedua-dua tuai rumah yang menerima surat lantikan masing-masing di Pejabat Daerah Marudi, hari ini.
Penguang (empat kiri) bersama kedua-dua tuai rumah yang menerima surat lantikan masing-masing di Pejabat Daerah Marudi, hari ini.

MARUDI: Dua orang tuai rumah panjang yang tercicir nama mereka, daripada senarai penerima sıjil pelantikan ketua kaum pada Februari lalu, menerima sijil masing-masing hari ini.

Tuai Rumah Giling Manggai dari Sungai Buloh A dan Tuai Rumah Asam Manggong dari Sungai Pedada, Asam Paya, menerima sijil masing-masing yang diserahkan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil. 

Majlis penyerahan sijil kepada ketua-ketua kaum Marudi itu diadakan sempena program Libat Urus Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan JKKK anjuran Pejabat Daerah Marudi pada Februari lalu, namun nama kedua-dua mereka tercicir daripada senarai tersebut.

Sementara itu, dalam taklimat beliau semasa majlis tersebut semalam, Penguang mengingatkan penduduk rumah panjang supaya jangan mengamalkan perpecahan dalam komuniti dan juga rumah panjang mereka.

Katanya, pemilihan tuai rumah hendaklah mengikut cara undian bagi mengelakkan berlakunya situasi yang tidak diinginkan.

“Bagi mereka yang dipilih pula, jalankan tugas sebagai tuai rumah dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Daerah Marudi dan agensi-agensi kerajaan.

“Pastikan pelantikan JKKK aktif dan menjalankan tugas-tugas mereka untuk mengenal pasti masalah, kekurangan dan sebagainya, dalam usaha memajukan kampung-kampung dan rumah panjang masing-masing,” katanya. 

Penguang juga mengingat JKKK yang telah dilantik supaya sentiasa menepati garis-garis panduan.

Advertisement