Anda di sini

Banyak projek di Limbang perlu dilaksana segera

Advertisement

Projek pembangunan dilulus kerajaan perlu dilaksana secepat mungkin demi keperluan rakyat secara menyeluruh

(Dari kiri) Sufian, Paulus, Hasbi dan Yunus memeriahkan Majlis Penangguhan Bazar Gawai Medamit 2024 di Dewan Terbuka Tamu Medamit.
(Dari kiri) Sufian, Paulus, Hasbi dan Yunus memeriahkan Majlis Penangguhan Bazar Gawai Medamit 2024 di Dewan Terbuka Tamu Medamit.

“Projek ini sudah lama dimohon, peruntukan sudah diluluskan dan menunggu pelaksanaan saja.” 

Datuk Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia 

Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, banyak projek kerajaan yang diminta wakil rakyat di Limbang sudah diluluskan dan menunggu pelaksanaannya. 

Beliau menjelaskan, projek pembangunan yang sudah diluluskan kerajaan sebelum ini perlu dilaksanakan secepat mungkin demi keperluan rakyat secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Limbang itu berharap agar pihak yang diamanahkan dapat melaksanakan segera pembinaan projek pembangunan berkenaan.

“Projek ini sudah lama dimohon, peruntukan sudah diluluskan dan menunggu pelaksanaan saja. 

"Apabila menunggu pelaksanaan ini ia adalah tanggungjawab pihak yang diamanahkan untuk melaksana projek dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Bazar Gawai Medamit 2024 di Dewan Terbuka Tamu Medamit baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Yunus Tambi dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Kata Hasbi lagi, pihaknya bersama wakil rakyat di Limbang tidak pernah berhenti memohon kepada kerajaan agar lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan di Parlimen Limbang.

Usaha tersebut katanya, dijalankan secara berterusan agar projek pembangunan yang dimohon sebelum ini diluluskan dan kini masih menunggu kerja-kerja pelaksanaan.  
 

Advertisement