Anda di sini

20 pegawai UPM dilantik Felow Alumni Kampus Bintulu

Advertisement
Mohamad Syukri (duduk dua kanan) bersama sebahagian barisan baharu Felow Alumni UPMKB.
Mohamad Syukri (duduk dua kanan) bersama sebahagian barisan baharu Felow Alumni UPMKB.

BINTULU: Seramai 20 pegawai Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima watikah pelantikan sebagai Felow Alumni UPM Kampus Bintulu di Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB di sini, baru-baru ini.

Penyerahan watikah pelantikan tersebut telah disempurnakan Ketua Pentadbir Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan mewakili Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini.

Hadir sama menyaksikan penyerahan watikah itu, Ketua Bahagian Alumni UPMKB Hairunisah Abdul Rahman.

Mohamad Syukri berkata, Felow Alumni UPMKB dilantik bagi menjalankan tanggungjawab tertentu seperti memberi khidmat nasihat, membantu tadbir urus, pelaksanaan program bahagian alumni, mempromosi dan membuat pengesanan graduan.

"Antara perancangan awal aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun ini di bawah kelolaan Bahagian Alumni UPMKB adalah Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang," ujarnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, majlis itu bakal mengumpul ahli-ahli alumni UPMKB dan alumni UPM di Sarawak.
 

Advertisement