Anda di sini

17 penerima dari kawasan Sungai Entulang terima surat hak milik tanah

Advertisement
Dayang Noorazah (berdiri lima kiri), Mohamad Razali (empat kiri) serta yang lain bersama penerima surat hak milik tanah semasa majlis berkenaan di Sri Aman hari ini.
Dayang Noorazah (berdiri lima kiri), Mohamad Razali (empat kiri) serta yang lain bersama penerima surat hak milik tanah semasa majlis berkenaan di Sri Aman hari ini.

SRI AMAN: Seramai 17 penerima surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dari kawasan Sungai Entulang, Sri Aman telah menerima surat hak milik tanah masing-masing pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu, penyerahan surat hak milik tanah itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Noorazah ketika berucap pada majlis berkenaanberkata, kawasan Sungai Entulang telah disukat secara perimeter dan diwartakan sebagai Kawasan Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawahSeksyen 6 Kanun Tanah Negeri pada 2001. 

Beliau menambah, berdasarkan laporan daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, penyukatan secara Lot individu di kawasan Sungai Entulang pula telah dimulakan pada 9 Ogos 2021 dan siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2021 dengan kos pengukuran sebanyak RM33,324.

“Penyukatan tanah berkenaan telah melibatkan seramai 17 penduduk kawasan Sungai Entulang, Sri Aman yang hadir pada majlis penyerahan surat hak milik tanah ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Penolong Pengarah (Tanah) Tanah dan Survei Sarawak Mohamad Razali Arshad, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman Michealson Nyisin, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Anthony Abell Chendan, Temenggung Mohamad Shah Achang, Penghulu Augustine Nanta Kundang, Tuai Rumah Sambau Sandai, ketua-ketua jabatan serta penerima-penerima surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement