Anda di sini

16 penduduk Kampung Sungai Melinau sertai program bersama BBP Marudi

Advertisement
Salah seorang penduduk kampung mencuba memadamkan api dapur sambil ditunjuk ajar oleh pegawai bomba semalam.
Salah seorang penduduk kampung mencuba memadamkan api dapur sambil ditunjuk ajar oleh pegawai bomba semalam.

MIRI: Seramai 16 penduduk dari Kampung Sungai Melinau, Mulu menyertai Program Outreach Keselamatan Kebakaran anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, semalam.

Ketua BBP Marudi Maureen Sim berkata, program bermula jam 9 pagi itu dikelolakan dua pegawai bomba BBP Marudi dan enam pegawai bomba bantuan daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Mulu. 

“Program ini diadakan di halaman rumah salah seorang penduduk kampung berkenaan. 

“Pelbagai aktiviti diadakan untuk manfaat penduduk kampung antaranya ialah ceramah keselamatan kebakaran, tatacara dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api. 

“Selain itu, peserta turut didedahkan dengan tatacara dan demonstrasi pemadaman api dapur serta tatacara dan demonstrasi menangani kebocoran gas petroleum cecair (LPG) pada saluran hos,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya kata Sim, program itu mendapat reaksi positif daripada penduduk kampung. 

Katanya, program seumpama ini akan diadakan di banyak lagi kampung di bawah kawasan jagaan BBP Marudi agar kesedaran mengenai keselamatan kebakaran dapat menjangkau kepada lebih ramai lagi penduduk. 
 

  • oleh
  • Advertisement