Anda di sini

Pameran Seni China-Sabah, peluang artis kongsi karya, pengalaman

Advertisement
 Christina (lima kanan) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan dan artis yang terlibat dengan Pameran Seni China-Sabah.
PAMERAN: Christina (lima kanan) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan dan artis yang terlibat dengan Pameran Seni China-Sabah.

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mengalu-alukan para guru kaligrafi Cina, artis lukisan dakwat Cina dan rakan-rakan mereka dari Shanghai berkongsi karya seni dan pengalaman dengan artis tempatan di Sabah.

Beliau berkata, menerusi Pameran Seni China-Sabah yang berlangsung bermula 7 hingga 12 Mei ini di sini, ia ada peluang baik apabila artis antarabangsa datang berkongsi karya dan pengalaman mereka.

"Saya berharap rakan-rakan baharu dari China akan melihat keindahan Sabah dan memberi inspirasi untuk membuat lukisan dan puisi baharu sebagai tanda lawatan mereka ke sini.

"Besar harapan saya untuk melihat lebih banyak lagi acara seumpama ini diadakan di Bandar Raya Kota Kinabalu.

"Saya turut berharap artis-artis di Kota Kinabalu melihat ini sebagai satu peluang yang baik untuk bertemu artis-artis hebat dari Shanghai," katanya ketika berucap merasmikan pameran itu di sini semalam.

Menurutnya, pameran itu juga membuka ruang kepada artis tempatan untuk belajar memahami seni Cina pada tahap yang berbeza memandangkan peluang bertemu dan bertukar pengalaman dengan artis secara peribadi amat jarang berlaku.

Dalam pada itu Christina berkata, pameran seni itu hanyalah permulaan program dan acara yang akan diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Katanya, program itu adalah pameran seni bersama antara artis dari Malaysia dan rakan sejawatan mereka dari China.

Beliau berkata, ia satu lagi cara untuk meraikan hubungan dan juga platform untuk bertukar budaya dan tradisi antara kedua-dua negara.

Selain itu, pihaknya juga yakin dengan kemungkinan untuk membawa pameran seni dari Sabah ke China.

Pameran Seni China-Sabah diadakan di Galeri Seni Sabah di sini iaitu anjuran bersama Flow Studio Kota Kinabalu dengan 'The Shanghai Badaitou Painting and Calligraphy Institute'.

Lebih 100 karya termasuk lukisan dakwat Cina, kaligrafi Cina dan karya seni kontemporari dipamerkan sempena dengan program itu.
 

  • oleh
  • Advertisement