Anda di sini

Kerajaan hargai sokongan  berterusan rakyat

Advertisement
 Robert menerima cenderahati selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tuarid Taud Bandar 2024.
SAMPAIKAN: Robert menerima cenderahati selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tuarid Taud Bandar 2024.


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyeru kepada rakyat supaya terus memberikan sokongan  kepada kerajaan demi mengekalkan kestabilan politik sekaligus menjamin kemajuan ekonomi serta kelancaran pembangunan di Sabah.


Beliau gembira melihat sokongan rakyat khususnya di peringkat akar umbi yang berterusan termasuk menyokong segala usaha kerajaan dalam setiap aspek pembangunan di Sabah.


"Saya berasa amat gembira kerana rakyat telah menyokong usaha kerajaan dalam setiap aspek pembangunan di negeri ini.


"Oleh itu saya menyeru kepada rakyat supaya terus bersama kami (kerajaan) sebagai rakan kongsi dalam usaha ini pembangunan berterusan di negeri ini, " katanya.


Beliau berkata demikian berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tuarid Taud Bandar 2024 yang diadakan di padang Komuniti Kampung Tuarid Taud mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.


Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyifatkan sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan bukan sahaja bertujuan menyatakan rasa syukur atas hasil tuaian yang baik tetapi juga berupaya mengeratkan silaturahim dan perpaduan.


"Semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi amalan hidup kita, terus diperkukuhkan dan dimantapkan lagi sesuai dengan semangat Malaysia Madani, menerusi sambutan ini.

 
"Saya harap semangat sambutan Pesta Kaamatan ini akan terus kita hayati demi kestabilan, keamanan, persahabatan serta kemakmuran negeri dan rakyat pada keseluruhannya, " katanya.


Sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tuarid Taud Bandar, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program itu antaranya Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Sugandoi; Unduk Ngadau Kaamatan dan pameran Pusat Kraftangan Sabah.


Selain itu turut diadakan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik seperti pertandingan bola sepak separuh padang; pertandingan melastik (Moden slingshot dan Tradisional Slingshot); Pertandingan masakan tradisi dan acara cabutan nama bertuah.

  • oleh
  • Advertisement