Anda di sini

SDG diterapkan bagi capai kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar mampan

Advertisement
Penguang bersalaman dengan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin sebaik tiba di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan ADUN Pujut Adam Yii. - Gambar Roystein Emmor
Penguang bersalaman dengan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin sebaik tiba di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan ADUN Pujut Adam Yii. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 25 pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang menerapkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di kawasan masing-masing bagi mencapai kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mampan untuk manfaat rakyat.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Penguang Manggil berkata, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM1.4 juta kepada kementerian untuk merealisasikan sasaran SDG ini.

“Kementerian saya kini sedang bekerjasama dengan Urbanice Malaysia untuk penghasilan Pelan Hala Tuju Bandar Raya SDG untuk 25 PBT dengan menerapkan matlamat pembangunan itu di kawasan PBT masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan See Chee How (Bebas-Batu Lintang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Penguang berkata, Pelan Hala Tuju Bandar Raya SDG bertujuan memberikan pemahaman tentang kemajuan tempatan mengenai tindak balas dasar terhadap cabaran yang berkaitan dengan mencapai SDG pada perspektif peringkat tempatan.

Menurutnya, pelan hala tuju itu dijangka siap menjelang suku pertama 2025.

“Justeru, saya gembira mengumumkan bahawa Majlis Daerah Dalat dan Mukah telah dipilih sebagai salah satu daripada 14 PBT di seluruh negara untuk penyediaan Pelan Hala Tuju Bandar Raya SDG dan ‘Voluntary Local Review’ (VLR) bagi 2024-2025, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM230,000 oleh Urbanise Malaysia,” kata Penguang.

Advertisement