Anda di sini

SARIB rancang adakan sesi libat urus bersama 572 pekebun getah

Advertisement
Martin ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan DUN hari ini. -Gambar Roystein Emmor
Martin ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan DUN hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak Rubber Industry Board (SARIB) merancang untuk mengadakan sesi libat urus bersama 572 pekebun getah meliputi kawasan seluas 1,079.10 hektar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben berkata, sesi libat itu dicadang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

“Antara inisatif lain yang akan dilaksanakan bagi membantu pekebun getah ini termasuk mendaftarkan pekebun kecil getah dengan SARIB dan Permit Autoriti Transaksi-Getah (PAT-G) dan menjalinkan kerjasama dengan pemborong getah.

“Turut dilaksanakan ialah mengadakan kolaboratif dengan institusi kewangan untuk membuka akaun getah dan pelan peningkatan pengeluaran hasil getah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Simon Sinang@Sinang Bada (GPS-Tebedu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Untuk maklum, Martin memberitahu SARIB telah beroperasi selama enam bulan mulai 26 Oktober 2023. 

Setakat ini katanya, SARIB telah melaksanakan beberapa program pengembangan bersama Jabatan Pertanian Sarawak, Pertubuhan Peladang Kawasan, koperasi dan entiti perniagaan berasaskan masyarakat setempat.
 

  • oleh
  • Advertisement